Faktor
Ekonomi
Mengikut Sejarah Melayu, Melaka digelar oleh orang Arab
sebagai “Malakat” iaitu perhimpunan segala dagang-dagang. Ini bermakna
pedagang-pedagang dari seluruh dunia melakukan aktiviti perdagangan di
pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16. Pedagang-pedagang ini terdiri
daripada pelbagai bangsa.
Dari segi sejarahnya ternyata bahawa Melaka adalah
sebuah negara kota
dan pelabuhan yang cukup terkenal, khasnya pada ke-15 dan abad ke-16. Kemajuan dan kemakmuran Melaka adalah kerana beberapa
faktor. Antaranya ialah kedudukan geografinya yang strategik. Hal ini adalah
kerana Melaka terletak di tengah-tengah perjalanan antara Timur dan Barat yang
dapat menghubungkan antara kumpulan pedagang-pedagang dari Asia Barat dan
Eropah, Asia Selatan(India ),
Burma , kawasan serantau di
Alam Melayu, Indochina, Asia Timur(China ,
Jepun dan Korea ).
Disamping itu, pada abad ke-15 dan ke-16 Melaka telah menjadikan
pelabuhan sebagai tempat persinggahan. Melaka juga mempunyai persediaan yang
baik untuk memenuhi kehendak fizikal pedagang. Umpamanya
gudang bawah tanah dibina untuk sausagar-saudagar menyimpan barangan mereka.
Oleh itu, pemilihan sebuah tapak disifatkan sebagai satu perkara yang
amat penting untuk kejayaan untuk dijadikan pelabuhan perdagangan. Ia terletak
di persimpangan dari angin dan jauh dari paya bakau, sementara pintu
pelabuhannya pula adalah rangkaian hubungan untuk membolehkan kapal besar masuk
berlabuh. Hal ini kerana, di perairan Selat Melaka
lautnya adalah dalam.
Peranan orang
laut juga penting dalam perdagangan. Orang Laut amat ditakuti, tetapi penuh
perasaan taat setia, bertugas melindungi para langganan Melaka sambil melakukan
pembalasan terhadap saingan Melaka. Melaka juga dikenali sebagai pelabuhan
entreport. Pelabuhan ini dibina di muara-muara sungai.
PENGGUNAAN MATA
WANG.
Dalam sistem perniagaan ekonomi di Melaka, pengunaan matawang adalah penting.
Urusan perniagaan mempunyai dua bentuk, iaitu pertama melalui system tukar
barang dan kedua menerusi proses penjualan dan pembelian. Matawang
yang digunakan dalam urusan jual beli adalah diperbuat daripada ‘colains’ iaitu
dalam bentuk timah. Pada permukaan duit tersebut terdapat nama sultan yang
memerintah ketika itu. Tom Pires mendakwa bahawa pengenalan dan penggunaan wang
logam ini adalah pengaruh langsung dari tradisi perniagaan Pasai. Emas dan perak juga digunakan dalam urusniaga dan bukan
sahaja untuk dijadikan barang pasaran. Pertukaran matawang berlaku apabila
orang tempatan melakukan urusan jual beli dengan Pasai. Hal ini dibuktikan
apabila seratus colains dikatakan bersamaan dengan tiga cruzades.
SISTEM SUKATAN
DAN TIMBANGAN.
Selain itu, penggunaan sukatan dan timbangan dalam urusan perniagaan juga
digunakan di Melaka. Sukatan dan timbangan ini biasanya diukur dengan
menggunakan unit tahil dan kati iaitu setahil sama dengan enam belas mas. Terdapat
banyak jenis ukuran yang digunakan. Emas dan perak, bahan wangian, kapur,
kelembuk, dan permata ditimbang dengan menggunakan ukuran kati.
KEKAYAAN HASIL
MAHSUL.
Kekayaan hasil mahsulnya juga menjadi salah satu faktor yang membawa kepada kegemilangan
Kerajaan Melayu Melaka. Faktor inilah yang menjadi daya penarik kepada
masyarakat antarabangsa untuk tertumpu di negeri Melaka. Hal ini
disebabkan mereka menyedari tentang tingginya nilai hasil mahsul
yang terdapat di Melaka ini. Antaranya, seperti hasil hutan
iaitu cengal, damar, rotan dan sebagainya. Selain itu Melaka turut
masyhur disebabkan kekayaan hasil rempahnya. Sebagai buktinya, kira-kira
pada tahun 1506, Raja Portugal
telah mendapat maklumat tentang kemakmuran perdagangan Melaka . Antara maklumat yang diperolehinya itu adalah
dihantar oleh Vasco da Gama iaitu ahli pelayaran barat. Malah dalam
Regimento, bertarikh 16 April 1506, Raja Portugal
antara lain telah membangkitkan tentang hal ehwal Melaka. Antaranya
mengenai kekayaan dan hasil mahsulnya, kebesaran negeri Melaka
raja-raja Melaka, tentang orang Islam, perdagangan yang berlangsung di
Melaka, harga-harga barang serta kegiatan perkapalannya.
KEGIATAN
PERTANIAN
Kegiatan pertanian turut menjadi penyumbang kepada
kemasyhuran Kerajaan Melayu Melaka. Ketika itu kegiatan pertanian adalah
begitu penting hinggakan kegiatan pertanian telah dijamin oleh
undang- undang negeri Melaka yang telah memperuntukkan
tentang hak ketuanan (pengerjaan) tanah, cara membela binatang ternakan,
dan juga cara berjual beli binatang ternakan Namun begitu pada
umumnya tanah adalah milik Raja, tetapi rakyat masih boleh untuk
mengerjakan tanah seberapa banyak yang mereka mampu. Namun
begitu mereka tidak boleh untuk memiliki tanah tersebut.
Kemudiannya,
para pembesar biasanya akan ditugaskan untuk mengutip
cukai atau membeli hasil tanaman atau hasil hutan
daripada rakyat. Selain itu, rakyat juga boleh dikerah oleh para pembesar dan
Raja untuk bekerja di tanah mereka. Oleh sebab itu, keperluan kehidupan
rakyat hanyalah cukup untuk hidup ataupun dalam kata lain
pertanian rakyat Melaka ketika itu hanyalah berdasarkan kepada sistem
sara diri.
SISTEM
PENGURUSAN PENTADBIRAN EKONOMI YANG CEKAP.
Sementara itu, faktor seterusnya yang turut menyumbang kepada
kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka adalah kerana adanya sistem
pengurusan pentadbiran ekonomi yang cekap. Pelaksanaan sistem pentadbiran ini
dapat dilihat pada beberapa sudut. Antaranya perlaksanaan Undang-undang
Perdagangan dalam negeri ataupun dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka dan Undang
–undang Laut yang dilaksanakan di pelabuhan.
Selain itu, turut dilaksanakan pengurusan pentadbiran perlabuhan serta
pelaksanaan sistem cukai. Sebagai contohnya , dalam Undang-undang
negeri dan laut ada beberapa fasal yang telah digubal khas
untuk membolehkan kegiatan jual beli secara Islam dilaksanakan. Misalnya soal
aqad jual beli dan juga soal transaksi dalam perniagaan Undang-undang
Pelabuhan turut menggariskan peraturan tentang kapten dan kelasi kapal.
Nakhoda kapal adalah dianggap sebagai wakil Raja didalam kapal dan setiap
arahannya adalah wajib untuk dipatuhi. Nakhoda turut diberi keistimewaan
untuk menjalankan setiap urusan perdagangannya.
Pegawai kerajaan yang menjalankan tugas dalam pentadbiran pelabuhan
ialah Shahbandar. Shahbandar bertanggungjawab untuk mengendalikan cukai
pelabuhan, menerima wakil pedagang dari luar negeri, menyediakan rumah tumpangan
untuk pedagang dari luar negeri dan menyediakan kawasan perkampungan
saudagar.
Malah
sumber-sumber China
turut menyatakan tentang rimah-rumah tumpangan dan layanan yang istimewa
di Melaka. Selain itu juga sumber Portugis ada menyatakan yang
terdapat gudang-gudang di Melaka yang telah dibina dari
batu batan dan ditempatkan dibahagian bawah tanah bagi
mengelakkan terlibat dalam kebakaran. Bahkan sumber-sumber
luaran juga ada menjelaskan tentang wujudnya Nakhoda dan Ku
Lang Kaya Kaya (Orang Kaya Kaya) yang mana berfungsi bagi
memudahkan hubungan diantara pelbagai bangsa. Malah sebuah jabatan
khas turut ditubuhkan bagi memudahkan cara berkomunikasi dan
jawatan jurubahasa juga telah diwujudkan. Sebagai buktinya
pada tahun 1509 terdapat orang Portugis yang hendak berjumpa
dengan pedagang Cina di Pelabuhan Melaka, maka seorang
jurubahasa telah digunakan.. Kawasan perkampungan saudagar turut
disediakan oleh Jabatan Shahbandar. Kampung Kling, Kampung Cina dan
Kampung Jawa menjadi kawasan perkampungan yang utama dan terkenal.
Pengurusan pentadbiran ekonomi di Melaka ketika itu juga
melaksanakan cukai perdagangan yang dikenakan keatas setiap barang
import. Sebagai contoh, barang-barang dagangan yang dibawa masuk
dari Tanah Arab ,India dan Pegu akan dikenakan cukai import
sebanyak enam peratus daripada nilai hasil dagangannya.
Barang-barang dari Timur seperti Annam , China ,Kemboja ,Pulau
Ryukyu(Jepun), Maluku dan Jawa biasanya tidak akan dikenakan
sebarang cukai sebaliknya para saudagar ini akan memberi
persembahan kepada raja. Setiap nilai persembahan adalah bergantung
kepada nilai taksiran yang bakal diberikan oleh pegawai kastam. Pada dasarnya
Raja dan pembesarlah yang akan menerima barang persembahan
dari saudagar-saudagar dari luar negeri. Pedagang Melaka pula hanya
dikehendaki membayar cukai sebanyak tiga peratus dari nilai hasil
dagangannya.
Cukai
harta juga dikenakan oleh Kerajaan Melaka ke atas setiap
hartanah atau rumah yang telah dijual. Malah mereka juga perlu mendapat
keizinan sultan atau pembesar sebelum menjual sebarang harta mereka.
Setiap hasil daripada kutipan cukai yang dikenakan akan digunakan
untuk pembiayaan pertahanan Melaka dan juga pembiayaan
ekonomi kaum kerabat.
Rajah menunjukkan lakaran pelabuhan Melaka sewaktu zaman kegemilangan Melaka
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.