Pendahuluan

Pendahuluan


Rajah menunjukkan anjing ditendang oleh pelanduk


Pokok yang dimana Parameswara bersama pengikutnya beristirehat


Melaka merupakan salah satu Kesultanan Melayu Melaka yang tertua di Malaysia. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang,Sumatera Tenggara. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India,Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman.
Di dalam kajian sejarah terdahulu,Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391,kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Hal ini memberikan impak yang besar kepada putera raja Palembang iaitu Parameswara. Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke Temasik. Pada masa itu,Temasik bernaung di bawah kerjaan Ayudhya,Siam. Sang Aji Singapura merupakan pemerintah Temasik. Beliau merupakan  menantu kepada Raja Siam sendiri.

Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut,Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada tahun 1398,Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura. Ini menyebabkan Parameswara bersama pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu. Muar merupakan lokasi pertama Parameswara dan diikuti Sening Hujung, Bertam dan akhirnya Melaka sekitar tahun 1400.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.