Kesimpulan

KESIMPULAN

                 Kesimpulannya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15 bukan sahaja disebabkan kepentingannya sebagai pusat perdagangan. Di samping kegiatan perdagangan, terdapat beberapa faktor lain yang berpengaruh dan menyumbang kepada kegemilangan kerajaan tersebut. Antaranya ialah faktor politik, faktor ekonomi, dan faktor pendidikan. Faktor ini merupakan tiga faktor utama yang merangkumi kesemua faktor kegemilangan Melayu Melaka seperti sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik, hubungan antara kelas melayu dengan orang laut, kekayaan hasil bumi, penggunaan lingua franca, sistem masyarakat, penyebaran agama Islam dan sebagainya. Kesemua faktor tersebut amat bertetapan dalam semua aspek yang diperlukan dalam membentuk kerajaan Melaka seterusnya dijadikan asas dalam mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.